Pages

Thursday, October 27, 2011



Assalamualaikum.

Tadi lecturer TITAS aku mengemukakan satu soalan cepumas. Wajarkah HUDUD dilaksanakan di Malaysia?

Soalan itu dijawab oleh saudara Amirul dan saudara Fadhil. Saudara Amirul kata, tidak wajar (tolong buka minda dengan jawapan ini sebab dia ada hujah dia sendiri, dan aku takkan nyatakan hujah dia). Manakala saudara Fadhil pula menyambung hujah dari saudara Amirul. Bagi aku, setuju dengan kedua dua hujah mereka.

Aku ada dengar suara yang suruh aku jawab soalan tu. Tapi aku tak tahu sape. Telinga aku tak boleh detect pemilik suara perempuan. Tapi kalau lelaki, takde masalah. Bukan aku tak nak jawab, tapi biar orang yang menjawab itu, bukanlah orang yang banyak kontroversi macam aku.

Pada pendapat aku, HUDUD (buat masa ini) tidak wajar dilaksanakan di Malaysia. Hanya wajar di Kelantan. Kenapa?

Sekarang kau kena faham satu benda, berapa ramai orang Islam di Malaysia faham Islam? Konfem jawapan korang, tak ramai. Kenapa? Semua sibuk dengan urusan dunia, Allah itu soal nombor tiga atau empat.

Okay. Betul kan apa aku cakap? Kau kena faham dan sedar, orang Islam di Malaysia tak didedahkan dengan kemanisan Islam secara total.

Di Kelantan, aku setuju HUDUD dilaksanakan. Kepimpinan PAS di sana sangat menitikberatkan aspek agama dalam apa jua bidang. Even papan iklan dan billboard dihiasi gambar wanita yang menutup aurat. Kau nak jumpa macam tu di KL atau Selangor, memang haram. Takkan jumpa.

Nak laksana hudud, mesti secara berhikmah. Tak boleh tergesa-gesa. Perlu ada pelan jangka pendek dan panjang.

Dan terus terang aku cakap, BN tidak akan pernah laksana HUDUD di Malaysia. Tunggu PAS yang perintah. Namun jika PAS perintah, dia tak boleh terus laksana HUDUD secara mengejut. Ini aku akan tentang jika berlaku.

Mereka perlu dan wajib memberi pendidikan agama yang cukup kepada umat Islam di Malaysia. Kemudian, baru boleh laksana HUDUD. Bukan kerana aku tolak hukum Allah, Cuma kita mesti membuatkan dan menunjukkan yang Islam adalah agama yang berhikmah. Bukan zalim dan kejam.

Sekian.

Sunday, October 16, 2011

JAKSA pulak cari pasal. ye ker?

Post kali ni panjang sikit. Jadi, maaf la ea.

Assalamualaikum.

Bertemu kita sekali lagi selepas post pertama mengenai aurat muslimah di U**M. Post aku kali ni nak mengulas isu perhubungan wanita dan lelaki dalam group discussion atau sekadar jumpa nak bagi barang (aku tak tahu nak guna ayat apa)atau apa sahaja yang berkaitan dengan perhubungan antara jantina dekat KK1.

At first, aku nak cerita pasal kes aku. Macam biasa, aku kan lanun. Maka, mesti akan ada banyak kes baru dan besar yang akan aku buat. Okey. Kisahnya begini. Ada seorang kawan aku (aku letak nama dia F), dia mintak tolong aku untuk belikan roti. Gardenia yang hijau tu. Yang korang tak suka makan sebab pahit dan lepas makan rasa nak terberak punya. Dia mintak tolong dekat aku belikan roti tu.

Maka aku, atas dasar kasih sayang aku (konteks kawan yer) terhadap dia, maka aku setuju la untuk belikan dia roti tu. Tak kisah la kan. Tolong menolong kan amalan mulia. Jadi, aku belikan la. RM3.20 harga dia (saje aku nak cakap harga dia. HAHA). Lepas aku beli, mesti aku bagi kat dia. Dah dia yang nak makan. Kalau aku punya, konfem aku tak makan. Sebab roti tu menguruskan aku yang dah memang kurus ni (perasan sekejap). Jadi, dia mintak tolong kawan dia ambik roti tu dari aku.

Dia kata dia penat. Aku faham. Aku tahu apa dia buat masa hujung minggu. Penuh aktiviti. Tak macam aku, tidur, makan, dan surfing sahaja. Jadi, aku pun bagi la dekat kawan dia. Janji diatur. Aku bagi kat kawan dia masa aku nak pergi surau untuk solat Isyak. Okey. Aku bagi la dekat kawan dia roti tu. Masa tu ramai gila orang yang nampak aku bagi roti tu. Aku serah roti, kawan dia serah duit. Fine la. Dah serah. Hati pun lega. Dapat tolong orang, mesti la rasa lega.

Lepas aku dah setel solat semua, macam biasa la. Mesti balik bilik. Sini bukan ada live karaoke stage nak lepak lepak. HAHA. Aku online MukaBuku (versi BM. Go to hell la dengan Najwa Latif punya lagu). Kawan si dia pun update status yang menarik mata, hati dan kepala otak aku untuk baca dan respons. Rupanya, cerita serah roti tadi diisukan oleh sesuatu pihak. Hekeleh beb. Pasal roti pun kau nak isukan? Memang handsome gila lutut kau.

Diorang kata isu yang berbangkit adalah pertemuan dua mata (berapa mata pun mesti akan jadi isu jugak) antara lelaki dan perempuan (aku tak berapa nak concern la apa tajuk isu dia). Okey. Jadi, benda ni mengundang ketidakpuasan hati aku. Hanya kerana tolong orang lain jantina, macam aku baru lepas berzina. Kamon la wey. Jangan sempitkan pemahaman korang.

Itu pasal aku punya jiwa tak dapat nak adapt dengan suasana tempat ini. Maaf aku kata. Aku, walaupun hasil keluaran STAM, tapi aku takkan gunakan mentaliti STAM aku untuk hidup dalam dunia ni. Itu bukan cara aku. Islam itu agama yang mudah. Selagi tak langgar syariat Allah, selagi itu Islam bagi kau buat apa saja. Aku tolong orang, aku dapat pahala. Masalahnya, aku tolong orang lain jantina. Dikira pahala atau dosa?

Biar aku buat perbandingan melalui cerita (aku tahu korang suka dengar cerita). Kau seorang lelaki. Jiran sebelah rumah kau (sebaya) pulak perempuan. Satu hari, mak kau suruh kau pergi beli roti dekat kedai. Kau pun ikut. Jadi, bila kau keluar rumah, kau nampak jiran kau pun keluar. Tanya dia nak pergi mana, dia kata nak ke kedai. Jadi, kau rasa malas nak pergi. Kau mintak tolong dia belikan. Alang alang pergi kedai kan. Jadi, dia setuju. Dah tu, lepas dia beli, dia pun bagi kat kau semula. Masa dia bagi, ada pulak pegawai agama (entah dari celah mana) datang cakap apa aku buat ni salah.

Masa tu korang mesti terpinga-pinga. Apa salah aku? Takkan mintak tolong orang belikan roti pun salah? WTFish? Macam macam benda yang terpacul dari mulut korang. Bukan buat benda salah. Aku tak ajak jiran aku tu, lepas beli roti, kita pergi cium molot yer. Takde kan? Nampak tak? Aku hanya mintak tolong beli roti, bukan ajak pergi berzina.

Dalam Islam, segalanya mudah. Masalahnya sekarang ni, Islam disempitkan sebegitu rupa. Sempit gila. Aku bukan nak kata apa, tapi kalau realitinya begini, padan la orang bukan Islam susah nak terima Islam. Serius aku kata. Sifat keterbukaan langsung tiada. Kemanisan dalam Islam tu terlampau kurang. Jangan nak pong pang isu murtad ke, himpun sejuta UMAT semut ke, titah sultan ke, apa semua la. Tengok yang ni dulu.

Aku cuma nak tegur macam ni la. Berhikmah sikit dalam membuat pertimbangan. Fikir panjang. Jangan mudah mudah timbulkan sesuatu isu atas perkara yang kalau kau berhujah dengannya, mampus kau nak pertahankan pendapat kau. Jadi, kau kena ingat, tak kira la kau apa pangkat, JAKSA ke, MPP ke, hatta NC ke, kau tetap manusia. Tak ada beza antara kita. Kau berak keluar taik jugak. Kau kencing warna kuning jugak (kecuali buah pinggang kau out). Jadi, berhikmahlah. Sekali lagi, Islam itu agama yang mudah. Jangan sempitkan dengan pemahaman sempit kau tu.

P/S : ni respon aku yang kedua dari U**M. lepas ni, akan ada lagi banyak respon dari aku. Mohon maaf jika terkasar bahasa, terlanjur bicara, terlajak kata, terlancang gila. Aku juga manusia biasa. Wassalam.