Assalamualaikum.
Tadi lecturer TITAS aku mengemukakan satu soalan cepumas. Wajarkah HUDUD dilaksanakan di Malaysia?
Soalan itu dijawab oleh saudara Amirul dan saudara Fadhil. Saudara Amirul kata, tidak wajar (tolong buka minda dengan jawapan ini sebab dia ada hujah dia sendiri, dan aku takkan nyatakan hujah dia). Manakala saudara Fadhil pula menyambung hujah dari saudara Amirul. Bagi aku, setuju dengan kedua dua hujah mereka.
Aku ada dengar suara yang suruh aku jawab soalan tu. Tapi aku tak tahu sape. Telinga aku tak boleh detect pemilik suara perempuan. Tapi kalau lelaki, takde masalah. Bukan aku tak nak jawab, tapi biar orang yang menjawab itu, bukanlah orang yang banyak kontroversi macam aku.
Pada pendapat aku, HUDUD (buat masa ini) tidak wajar dilaksanakan di Malaysia. Hanya wajar di Kelantan. Kenapa?
Sekarang kau kena faham satu benda, berapa ramai orang Islam di Malaysia faham Islam? Konfem jawapan korang, tak ramai. Kenapa? Semua sibuk dengan urusan dunia, Allah itu soal nombor tiga atau empat.
Okay. Betul kan apa aku cakap? Kau kena faham dan sedar, orang Islam di Malaysia tak didedahkan dengan kemanisan Islam secara total.
Di Kelantan, aku setuju HUDUD dilaksanakan. Kepimpinan PAS di sana sangat menitikberatkan aspek agama dalam apa jua bidang. Even papan iklan dan billboard dihiasi gambar wanita yang menutup aurat. Kau nak jumpa macam tu di KL atau Selangor, memang haram. Takkan jumpa.
Nak laksana hudud, mesti secara berhikmah. Tak boleh tergesa-gesa. Perlu ada pelan jangka pendek dan panjang.
Dan terus terang aku cakap, BN tidak akan pernah laksana HUDUD di Malaysia. Tunggu PAS yang perintah. Namun jika PAS perintah, dia tak boleh terus laksana HUDUD secara mengejut. Ini aku akan tentang jika berlaku.
Mereka perlu dan wajib memberi pendidikan agama yang cukup kepada umat Islam di Malaysia. Kemudian, baru boleh laksana HUDUD. Bukan kerana aku tolak hukum Allah, Cuma kita mesti membuatkan dan menunjukkan yang Islam adalah agama yang berhikmah. Bukan zalim dan kejam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment